1. Duit sentiasa tidak cukup walaupun gaji atau imbuhan sebesar gunung.
2. Buat kerja tak pernah siap.
3. Buat sesuatu tidak dapat manfaat.
4. Masa dihabiskan dengan sia-sia.
Jika ada salah satu atau semua tanda-tanda di atas ada pada hidup kita, maka dekatkanlah diri kepada Allah taubatlah semoga Allah merahmati hidup kita....
Allah Maha Pengampun dan Pemberi Rahmat....
Amin...
Tuesday, 22 May 2012
Wednesday, 25 April 2012
Janganlah Makan Terlalu Kenyang
Syukur pada Allah S.W.T. dibumi tercinta ini kita dapat nikmat yang sangat besar, apa nikmat itu? Makan...Di bumi ini dapat kita lihat dimana- mana ada sahaja kedai makan, hampir kesemuanya 24jam. Tapi apa nilai makan itu jika 24jam hanya fikir pasal makan..makan..makan...
Apa sabda Nabi S.A.W. berkenaan makan?
"Janganlah kamu makan dan minum dengan banyaknya, kerana dengan makan dan minum dengan banyak akan menyebabkan hati itu mati"
Semoga dapatlah kita renungkan sabda Nabi S.A.W. ini agar dapat kita amalkan makan dan minum dengan cara yang baik, iaitu berhenti sebelum KENYANG.
Wallahua'lam

Tuesday, 24 April 2012
Ubatlah hati anda...
Salam semua, Allah S.W.T. menciptakan makhluk sangat indah sehinggakan semua makhluk mempunyai otak bezanya adalah akal. Jadi apabila berakal maka akan bersangkut paut dengan hati. Selalu orang berkata, apabila akal sudah bernafsu maka hati pun akan turutkan apa sahaja nafsu tersebut. Apabila hati sudah sakit apa UBATNYA?
Berkata seorang ulama', Ibrahim Al-Khawas, UBAT HATI itu ada 5 perkara :-
"Sesunguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging jika baik daging itu maka baiklah akhlak dan seluruhnya, jika buruk daging itu maka buruklah akhlak dan seluruhnya, daging itu adalah HATI"
Maka jagalah hati kita baik- baik kerana dengan hati yang baik maka mudahlah urusan kita di dunia yang sementara ini.
HANYA ALLAH S.W.T. YANG MAHA MENGETAHUI

- Membaca Al-Quran dengan maknanya.
- Mengosongkan perut daripada terlalu kenyang atau berpuasa.
- Bangun beribadat diwaktu malam.
- Menghampirkan diri kepada Allah dengan berzikir dan ibadat sepertiga malam.
- Sentiasa bersama- sama orang yang soleh dan majlis Ilmu.
"Sesunguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging jika baik daging itu maka baiklah akhlak dan seluruhnya, jika buruk daging itu maka buruklah akhlak dan seluruhnya, daging itu adalah HATI"
Maka jagalah hati kita baik- baik kerana dengan hati yang baik maka mudahlah urusan kita di dunia yang sementara ini.
HANYA ALLAH S.W.T. YANG MAHA MENGETAHUI
Monday, 16 April 2012
Kenapa Malaikat Maut gagal mencabut nyawa(roh)??
Apabila Allah S.W.T. mengkehendaki seseorang itu dicabut nyawanya, maka datanglah Malaikat Maut. Apabila Malaikat Maut ingin mencabut nyawa orang mukmin melalui mulut maka tidak dapat Malaikat Maut mencabut kerana berkata mulut orang mukmin itu, mulut ini sentiasa berzikir pada Allah. Selepas itu Malaikat Maut pun cuba mencabut nyawa orang mukmin itu melalui tangan, makan berkata tangan orang mukmin itu tidak boleh bagimu mencabut nyawa melalui tangan ini kerana tangan ini tidak pernah putus- putus memberi sedekah pada setiap saat. Lalu Malaikat Maut mencuba mencabut nyawa melalui kaki orang mukmin tersebut, maka berkata kaki orang mukmin tersebut, tidak dapat bagimu mencabut melalui kaki ini kerana kaki ini sering melangkah untuk mengerjakan ibadah ke jalan Allah dan berjalan untuk berdakwah menyebarkan kebenaran agama Allah. Maka Malaikat Maut pun masih mencuba, dicuba pula melalui telinga, maka berkata telinga tidak boleh melalui telinga ini kerana telinga ini sentiasa mendengar alunan ayat suci Al- Quran, kuliah agama dan zikir. Akhirnya Malaikat Maut mencuba mencabut nyawa orang mukmin ini melalui mata, seraya berkatalah mata tidak boleh melalui mata ini kerana mata ini sentiasa melibat perkara baik, kitab-kitab dan hadis-hadis.
Setelah mencuba semua cara untuk mencabut nyawa orang mukmin ini gagal, maka Malaikat Maut pun bertemu Allah S.W.T. dan memberitahu masalah yang dihadapi, Allah Maha Mengetahui, maka Allah berfirman tulislah Asmaku di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. Malaikat Maut pun berjumpan dengan roh orang mukmin itu dan ditunjukkan kepada roh orang mukin itu. Sebaik sahaja roh itu melihat Asma Allah S.W.T. maka dengan rasa cinta kepada Allah S.W.T. makan roh pun keluar dari arah mulut dengan tenang dan lembut sekali.
PERSOALAN..???
Bagimana pula dengan MATA, MULUT, TANGAN, KAKI DAN TELINGA, kita..? adakah kita sudah menjaganya dengan baik semata-mata untuk beribadah kepada Allah ataupun lebih kepada melakukan MAKSIAT!!!
Ingatlah wahai manusia, seluruh anggota badan kita akan menjadi saksi di atas apa yang kita lakukan di dunia ini. Yang akan menjawab segala pertanyaan Malaikat Munkar dan Nankir adalah AMALAN KITA pada waktu itu mulut kita dikunci dan hanya amalan kita sahajalah yang boleh menyelamatkan kita...Kembalilah kepada Allah...Kembalilah kepada ajaran ISLAM.....

Malaikat Jibrail dengan Rasulullah S.A.W.
Dikisahkan di dalam sebuah hadis. Suatu hari yang tenang datang malaikat Jibrail A.S. menemui Rasulullah S.A.W. seraya berkata: " Wahai Muhammad, Allah S.W.T. mengirim salam kepadamu dan berfirman, adakah kamu berasa senang jika semua gunung- ganang ini aku jadikan emas dan ianya akan mengikut kemana saja kamu pergi?"
Mendengar sahaja firman Allah S.W.T. ini maka baginda nabi tunduk dan berfikir, setelah itu baginda berkata:" Wahai Jibrail A.S., sesungguhnya dunia ini adalah rumah bagi orang yang tidak mempunyai harta dan sesungguhnya harta dunia ini dikumpulkan dan ditimbunkan oleh orang yang tidak berakal."
Lalu berkatalah Malaikat Jibrail: " Wahai Muhammad, semoga Allah menguatkan pendirianmu dengan kata-kata yang pasti."
Siti Aishah pernah berkata:" Sesungguhnya kami adalah keluarga Nabi Muhammad S.A.W. pernah sebulan tidak menghidupkan api di dapur untuk memasak, yang kami ada hanyalah buah tamar dan air sahaja."

Kisah Mengenai Zainab Yang Dermawan
Ummul Mukminin, Zainab r.a adalah sepupu Rasulullah SAW. Zainab r.a ada seorang wanita yang soleh. Beliau seringkali berpuasa dan rajin mengerjakan solat. Beliau mencari nafkah dengan usahanya sendiri dan segala yang diperolehi dibelanjakan pada jalan Allah SWT semata- mata.
Pada ketika baginda Rasulullah SAW hampir- hampir wafat isteri-isteri baginda bertanya kepada baginda :" Siapakah di antara kami yang akan menyusuli engkau dahulu?". Sabda Rasulullah SAW.: Salah seorang daripada kamu yang mempunyai tangan yang panjang akan menyusuli aku dahulu."
Lantas mereka pun mengukur tangan masing- masing dengan sebatang tongkat. Akhirnya mereka dapati tangan panjang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW adalah perbelanjaan yang sebegitu mewah dengan hati yang ikhlas.
Maka dengan itu Zainab r.a yang pertama kembali menyusuli Rasulullah SAW.
Barzah r.a meriwayatkan :" Umar r.a telah memutuskan untuk membayar wang saguhati (elaun) tahunan kepada Ummatul Mukminin dari Baitulmal. Beliau telah menghantar sebanyak 12000 dirham kepada Zainab r.a tetapi Zainab r.a telah mengarahkan supaya saguhati ini dicampakkan di penjuru di dalam bilik dan menutupinya dengan sehelai kain. Setelah itu beliau menyebut nama- nama fakir miskin dan membahagikan wang saguhati itu kepada setiap mereka. Akhirnya yang tinggal hanyalah 8 dirham. Kemudian Zaiban r.a menadah tangan dan berdoa kepada Allah SWT: Ya, Allah! jauhkanlah wang ini dariku kerana ia akan menyebabkan godaan nafsu kepadaku.
Beliau pada zamannya telah dikenali dengan panggilan Mawa- Al Masakin (tempat perlindungan untuk orang-orang miskin) kerana betapa dermawannya Zainab r.a ini.
Zainab r.a meninggal dunia pada tanggal 20 hijrah pada umur 50 tahun dan orang yang mengimamkan solat jenazanya adalah Umar r.a

Subscribe to:
Posts (Atom)