Ummul Mukminin, Zainab r.a adalah sepupu Rasulullah SAW. Zainab r.a ada seorang wanita yang soleh. Beliau seringkali berpuasa dan rajin mengerjakan solat. Beliau mencari nafkah dengan usahanya sendiri dan segala yang diperolehi dibelanjakan pada jalan Allah SWT semata- mata.
Pada ketika baginda Rasulullah SAW hampir- hampir wafat isteri-isteri baginda bertanya kepada baginda :" Siapakah di antara kami yang akan menyusuli engkau dahulu?". Sabda Rasulullah SAW.: Salah seorang daripada kamu yang mempunyai tangan yang panjang akan menyusuli aku dahulu."
Lantas mereka pun mengukur tangan masing- masing dengan sebatang tongkat. Akhirnya mereka dapati tangan panjang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW adalah perbelanjaan yang sebegitu mewah dengan hati yang ikhlas.
Maka dengan itu Zainab r.a yang pertama kembali menyusuli Rasulullah SAW.
Barzah r.a meriwayatkan :" Umar r.a telah memutuskan untuk membayar wang saguhati (elaun) tahunan kepada Ummatul Mukminin dari Baitulmal. Beliau telah menghantar sebanyak 12000 dirham kepada Zainab r.a tetapi Zainab r.a telah mengarahkan supaya saguhati ini dicampakkan di penjuru di dalam bilik dan menutupinya dengan sehelai kain. Setelah itu beliau menyebut nama- nama fakir miskin dan membahagikan wang saguhati itu kepada setiap mereka. Akhirnya yang tinggal hanyalah 8 dirham. Kemudian Zaiban r.a menadah tangan dan berdoa kepada Allah SWT: Ya, Allah! jauhkanlah wang ini dariku kerana ia akan menyebabkan godaan nafsu kepadaku.
Beliau pada zamannya telah dikenali dengan panggilan Mawa- Al Masakin (tempat perlindungan untuk orang-orang miskin) kerana betapa dermawannya Zainab r.a ini.
Zainab r.a meninggal dunia pada tanggal 20 hijrah pada umur 50 tahun dan orang yang mengimamkan solat jenazanya adalah Umar r.a
No comments:
Post a Comment