Monday, 16 April 2012

Malaikat Jibrail dengan Rasulullah S.A.W.

Dikisahkan di dalam sebuah hadis. Suatu hari yang tenang datang malaikat Jibrail A.S. menemui Rasulullah S.A.W. seraya berkata: " Wahai Muhammad, Allah S.W.T. mengirim salam kepadamu dan berfirman, adakah kamu berasa senang jika semua gunung- ganang ini aku jadikan emas dan ianya akan mengikut kemana saja kamu pergi?"
Mendengar sahaja firman Allah S.W.T. ini maka baginda nabi tunduk dan berfikir, setelah itu baginda berkata:" Wahai Jibrail A.S., sesungguhnya dunia ini adalah rumah bagi orang yang tidak mempunyai harta dan sesungguhnya harta dunia ini dikumpulkan dan ditimbunkan oleh orang yang tidak berakal."

Lalu berkatalah Malaikat Jibrail: " Wahai Muhammad, semoga Allah menguatkan pendirianmu dengan kata-kata yang pasti."

Siti Aishah pernah berkata:" Sesungguhnya kami adalah keluarga Nabi Muhammad S.A.W. pernah sebulan tidak menghidupkan api di dapur untuk memasak, yang kami ada hanyalah buah tamar dan air sahaja."

No comments:

Post a Comment