Monday, 16 April 2012

Kenapa Malaikat Maut gagal mencabut nyawa(roh)??

Apabila Allah S.W.T. mengkehendaki seseorang itu dicabut nyawanya, maka datanglah Malaikat Maut. Apabila Malaikat Maut ingin mencabut nyawa orang mukmin melalui mulut maka tidak dapat Malaikat Maut mencabut kerana berkata mulut orang mukmin itu, mulut ini sentiasa berzikir pada Allah. Selepas itu Malaikat Maut pun cuba mencabut nyawa orang mukmin itu melalui tangan, makan berkata tangan orang mukmin itu tidak boleh bagimu mencabut nyawa melalui tangan ini kerana tangan ini tidak pernah putus- putus memberi sedekah pada setiap saat. Lalu Malaikat Maut mencuba mencabut nyawa melalui kaki orang mukmin tersebut, maka berkata kaki orang mukmin tersebut, tidak dapat bagimu mencabut melalui kaki ini kerana kaki ini sering melangkah untuk mengerjakan ibadah ke jalan Allah dan berjalan untuk berdakwah menyebarkan kebenaran agama Allah. Maka Malaikat Maut pun masih mencuba, dicuba pula melalui telinga, maka berkata telinga tidak boleh melalui telinga ini kerana telinga ini sentiasa mendengar alunan ayat suci Al- Quran, kuliah agama dan zikir. Akhirnya Malaikat Maut mencuba mencabut nyawa orang mukmin ini melalui mata, seraya berkatalah mata tidak boleh melalui mata ini kerana mata ini sentiasa melibat perkara baik, kitab-kitab dan hadis-hadis.

Setelah mencuba semua cara untuk mencabut nyawa orang mukmin ini gagal, maka Malaikat Maut pun bertemu Allah S.W.T. dan memberitahu masalah yang dihadapi, Allah Maha Mengetahui, maka Allah berfirman tulislah Asmaku di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. Malaikat Maut pun berjumpan dengan roh orang mukmin itu dan ditunjukkan kepada roh orang mukin itu. Sebaik sahaja roh itu melihat Asma Allah S.W.T. maka dengan rasa cinta kepada Allah S.W.T. makan roh pun keluar dari arah mulut dengan tenang dan lembut sekali.

PERSOALAN..???
Bagimana pula dengan MATA, MULUT, TANGAN, KAKI DAN TELINGA, kita..? adakah kita sudah menjaganya dengan baik semata-mata untuk beribadah kepada Allah ataupun lebih kepada melakukan MAKSIAT!!!

Ingatlah wahai manusia, seluruh anggota badan kita akan menjadi saksi di atas apa yang kita lakukan di dunia ini. Yang akan menjawab segala pertanyaan Malaikat Munkar dan Nankir adalah AMALAN KITA pada waktu itu mulut kita dikunci dan hanya amalan kita sahajalah yang boleh menyelamatkan kita...Kembalilah kepada Allah...Kembalilah kepada ajaran ISLAM.....

No comments:

Post a Comment